Sunday, 18 March 2012

Cuti Sekolah Saya

  Di perkhemahan Darjah 5,saya berasa sangat seronok.Kadang-kadang saya berasa penat kerana membuat banyak aktiviti di sana.Pelatih-pelatih di sana sangat baik dan mereka suka membuat lawak.Mereka selalu memberi kita semangat.Kadang-kadang mereka marah kami kerana kami nakal.


  Selepas perkhemahan itu saya tidak pergi jalan-jalan saya cuma rehat di rumah.Masa cuti sekolah saya cuma main komputer sahaja.Kadang-kadang di rumah saya belajar,saya menolong ibu saya mencuci baju,masak dan banyak lagi.
 
  Hari isnin lalu saya dan kakak saya bermain 'Treasure Hunt'.Sangat seronok.Kami kena mencari clue-clue.Kami pun pergi kedai dan membeli-belah.Bila kami di kedai saya cadangkan untuk membeli 'Freezebee'.
  
  Hari selasa lalu saya dan kakak saya mula bermain 'Freezebee'.Sampai pukul 5.45P.M baharu kami balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment